Saturday, 6 July 2013

Sunyi vs Bosan

ÀSsalamualaikum...

Cuti sem dah lbh kureng 1 bln dh,.p aku kt kampong ni bru je seminggu, tapiiiiiii dah rase cam berbulan lmanye...Knpakah? Sunyiii dan bosan la wehh duk lepak umh je, bangun pg, mkn, fb, tdo, hah, gitu jela kijo nyerr..mne den dop bosan...sunyii,, cz hp pom jrg trma msg dr org2 y dihrpkn. Jadi kesimpulannya saya di sini sdg dilamun rasa sunyi dan bosan.. ( blh eh cmtuh ) k la.bye..muahhhh

Thursday, 13 June 2013

Semangat La Cikit



Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur pada Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini, ( Jumaat, penghulu segala hari). Hari ni bangun pagi-pagi lagi sebab ada exam EL3 tepat jam 9.00 a.m. ,so kena lekas la cikit bersiap takot tertinggal bus.. Opss.. hari ni g nga adek Syaina punyer moto ( cam ayat k.l..g), *monggek* hehe.. (tQ syaina sudi tumpangkan K.u)
        Sebenarnya aku xcited menulis ni nak bercerita tentang semangat, semangat yang hilang gitu,* cam tajuk lagu kan*. Tetiba nak masuk dewan exam tadi I’m feel down sangat, n I don’t know why.. Uh.. sempat hati ini berbisik “( Ya Allah, hanya pada-Mu tempat untuk ku meminta pertolongan, kuatkanlah semangat aku, hapuskanlah segala rasa gundah yang melanda diriku ini, tabahkan hati ini menerima segala ketentuan)”. Alhamdulillah, terasa ketenangan slps duduk di no 238.. Terima Ya Allah.. L
*semoga ketenangan terus bersama kita* Aminn..

Ni ada sedikit tips nak kasi semangat tuh melimpah2.. 

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
 
3. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

4. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

5. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

6. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Oleh : Shukri Abdullah dari blog Motivasi, PakarHowto

lihat warna cmni la baru bersemngat..errrr!!!
 Sekian.. 



SebeluM Menutup Tirai Ini

awk comel.. saya gemukk
dia sahabat jgk ^

semoga 1 hari nanti

senyumm:P

masa baik byk gmbr msa gaduh xda pom kan..hehe
Assalamualaikum..

Rajin benor ari nie aku menulis yee.. membaca xbrapa rajin kan ayu??
uitt.. jap2 ag laa ( bisik hatiku ini).. 
Tuttt... kejap je masa berlalu, hampir nk menutup tirai semester 4 ini, maknanya dah dua tahun aku belajar kt UPSI ni..em.. 2tahun jugak aku bersama rakan-rakan terchinta aku. Banyak pahit, manis, masin, kelat, tawardan sebagainya dilalui bersama-sama. Tapi saat yang paling sukar nak hadapi masa gaduh dengan ku anggap die adek ke kakak hah..eh, adekla, sbb aku ni lebih tua dari die..  Bukan gaduh, cuma xcakap je, heee,. Tapi sebelum menutup tirai semester 4 ini aku arap i can hug n kiss her, i miss to gossip2 wif u..  *tetibe nak nges*. 
Ya Allah, baikilah apa y salah antara kami, eratkan hubungan kami seperti dulu.. 


awk adek, sy kakak..





Maafkan aku wahai sahabat sekalian.. 
semoga jumpa lagi semester depan  :'(

TeRima Kasih CIkguu :)

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah, bersyukur sgt2 diri ini kpd-Mu kerana dikurniakan seorang 'CIKGU' di saat gentir inii..heeee

Esok nak exam BI3 nie.wah..cuaknyaa... isshh..so, masa y terdesak ini tetiba t'ingt kt sore bdak a.k.a my fren y baru je pom bknlan nye..  (sweet x?) .. OK, now mood nk stdy tuh dtg mencurah2nye, tp sy perlu bimbingan drp seorang guru, hah, nseb baik knl ng die nie, dhla comel, mnis n baik hati (ayat ambik hati)..

Cikgu mukabuku:))

* terima kaseh ea awk kerana sudi mnjadi ckgu 2syen kite laupom sekadar di alam maya shja. jasamu ttp ku kenang hgga akhir hytku..

Ada sedikit sajak tuk cikgu *

 

 

Jasamu tak akan luput dalam ingatanku
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat ku lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Terima kasih, cikguu..

 


Kita Masih Sahabat kan??

Assalamualaikum.. hAii.!!


Kita Sahabat Kan??





 Sahabat, em..baik atau buruk, ko tetap ku anggap sahabatku tau..
Biasalah kan, berkawan pom ada time nk tacink2 kan cm ko ng pakwe ko jgk la wehh.. :)
Khas bUat Sahabat :)


Maafkan Aku

Sahabat..
Maafkanlah aku..
Mungkin aku khilaf
Mungkin aku pernah melupakanmu

Sahabat...
Maafkanlah aku...
Terkadang aku tak mempedulikanmu
Atau bahkan asyik dengan kesenanganku sendiri

Saat ini ku tersadar
Bahawa kaulah sahabat seperjuanganku
Yang senantiasa mendampingku
Memegang erat tanganku

Kau telah memberi warna dalam hidupku
Kaulah yang selalu ada menghibur hatiku
Kau adalah sahabat setiaku
Harta berharga dari kurniaan Illahi

Maafkanlah aku sahabat...
Aku berjanji akan lebih menghargaimu
Semoga kau mau memaafkan diriku
Terima kasih sahabat...


*minta maaf xsemestinya kite buat salah ari ni je, mungkin tuk y lps n aka dtg, sipa tahu kan. :) 

Wednesday, 22 May 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum...

Malam nie nak btolak balik ke kg halaman terchinta..MACHANG..wahh..bezz...tapi pada masa yang sama hati ini tetiba ase berat nak balik kg..xtahu la knapa..aissshh...
*arituh bukan main syok lg bila Along ajak balik, ni dh tiba masa, mls plak ea..ada pape ke hah..?*
Sebenarnya nak blik kg nie nk jupa my lovely mama.. Mama kite xbape sht.. so kena krbankan la sdikit masa utk mjnguk mama.. <3 mama erat2..

*N konpomm t balik aku xstudy nie..examm!! errr.. 

Cinta ILLahi Kekal Abadi

Assalamualaikumm..

Kadang2 kite terleka mencari cinta manusia, sehingga terlupa pd Y Esa..
Mengharap cinta yang abadi dari insan tersayang,
Sedangkan Dia lah yang  kekal selama2nya bersama kita..




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat serta salam kepada Rasulullah s.a.w, ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Sesungguhnya tiada suatu amal kebaikan pun yang dapat diharapkan agar diterima oleh Allah s.w.t, melebihi dari amal yang terlupa olehmu akan adanya, dan remeh atau kecil dalam pandanganmu dan kejadiannya.
Amal kebajikan yang pasti diterima Allah iaitu jika merasa amal itu semata-mata terjadi kerana taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Kemudian ia tidak berbangga dengan amal itu dan tidak merasa seolah-olah sudah cukup baik dengan adanya amal itu, kerana amal itu telah ditujukan kepada keredhaan Allah.














insan tanpa dosa, bersih + suci..
Indahnya Ciptaan- MU..