Monday, 20 October 2014

 Bila Dah Tertulis


Dengan nama Allah,
Aku hanyalah seorang hamba yang berlumur dengan dosa yang seringkali tergelincir daripada landasan iman. Aku memerlukan teman untuk menegur, memberi nasihat dan yang sentiasa mendoakan aku di sepanjang perjalanan ini.


Sungguh ajaib ketentuan Allah,
menemukan dua hati berlainan jantina dalam sebuah ikatan pernikahan,
di dalamnya terdapat satu rahsia yang luar biasa,
bagi jiwa yang mendambakan redha Rabb-Nya.



"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."



aku percaya akan takdir mu .. aku percaya akan Qada dan Qadar yang telah tertulis buat aku .. aku x kan pernah putus harap dan x kan pernah putus2 berdoa supaya aku ditemukan dengan jodoh yang baik .. semoga jodoh ku suami ku adalah orang yang baik dan dapat memimpin aku untuk menjadi lebih baik .. sebab aku sedar , aku sendiri x sempurna .. kalau meminta ustaz , aku sendiri bukan ustazah .. layakkah aku  .. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buatku .. Pilihan Allah buat aku semestinya adalah yang terbaik buat ku .


Monday, 8 September 2014

Pujuklah Hati Agar Bersabar, Tidak Mudah Terasa, Jangan Menangis & Jangan Mudah Menyayangi insan Yang belom Tentu halal bagi Kita.



Hati.

Berkait rapat dengan takdir. Ianya menjadi titik tolak  untuk memulakan langkah untuk mengubah takdir. Namun, hati mesti kuat dan beristiqomah dalam apa jua keadaan yang dia hadapi. untuk menjaga hati, semua anggota perlu bergabung untuk tegakkan niat yang satu. Mulut, tidak mengungkap perkara yang sia-sia, mata tidak melihat perkara yang melalaikan hati, kaki, mengelakkan dari pergi ke tempat yang tak bermanfaat, perut perlu dijaga mengelakkan makan makanan yang melemahkan badan, akal dan hati. Semestinya semua perlu bergabung. untuk menjaga hati yang satu.

Redhalah hati dengan takdir kamu Rancangkan sesuatu supaya berupaya mengubah takdir sendiri. Langkah kamu sendiri menentukan siapa diri kamu dan sekeliling kamu pada masa akan datang. 

Berharap pada sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita. Kuatkan hati untuk menepis segala rasa yang tidak sepatutnya hadir tepat pada masanya. Walaupun terkadang sakit, lelah,derita yang dirasakan, namun,percayalah, Allah akan memperelokkannya nanti. Jangan bimbang wahai hati jika engkau disakiti, jika engkau terluka, jika engkau sesak tidak tertahan, Allah kan ada bersama kita. Allah ada.Putus asa itu adalah racun pada segalanya. Bangkitlah wahai hati, kasihilah diri ini.


p/s Allah tidak menjanjikan hidup ini mudah, tapi Allah sentiasa ada di waktu susah dan suka kita.

Wednesday, 3 September 2014

Inilah Pekerjaan ku, Pilihan ku, Kesukaan ku, Kedukaan ku jua





ku pilih jalan ini beserta dengan segala rezeki yang dikurniakan olehNYA kepadaku dan aku selayaknya harus, perlu, mesti menerima ini dan niat kerana Allah..
semoga aku berjaya dengan pekerjaanku, kesukaanku nantii..


Keluarga Teman Setia Bagiku

Sebelom ini, aku menyintai dia lebih daripada kepentingan aku sehingga aku terlupa yang aku punyai keluarga yang setia ada bersama aku walau apa terjadi. Aku yang terleka meraih cinta daripada kamu. Aku yang terlalu mengharap dan menagih cinta hingga aku disakiti sebegini dan hanya keluarga yang setia bersamaku.. 

Wahai cinta yang tidak pernah jujur menerima diriku, pergilah kau dari hati ini, pergilah kau dari segala rasa ini, hapuskanlah.

Tanpa alasan apa kau melangkah pergi, sungguh kau bersandiwara wahai cinta yang ku puja. 

sekarang aku menyedari tiada makna untuk ku tangisi cinta darimu lagi. Pergilah kau dengan tenang bersama kenangan laluu.


love mum, dad, bro, sis in law n princess

Cinta Belum Tentu Memiliki

 Ku Belajar Melupakanmu Walaupun Sakit

Mencintai dan jatuh cinta pada seseorang itu adalah hak seorang hamba yang dikurniakan hati dan perasaan. Tetapi memiliki cinta yang kita inginkan itu bukan hak individu .


Cinta selayaknya seperti rama-rama...
Semakin dikejar, semakin jauh ia meninggalkan kita..
Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka...
apabila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu..
ia bakal mengibaskan sayapnya
ke arahmu tanpa kau sangka2
•.¸.••..❀❀.••.¸ ¸.•
Cinta manusia itu urusan Dia..
Cintakan Dia itu urusan kita..
Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia..
Sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita...
•.¸.••..❀❀.••.¸ ¸.••.¸.••..❀❀.••.¸
Tuhanku... (◕‿◕)
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yg terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yg terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yg ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah..leraikanlah dunia yg hinggap dlm hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu,ALLAH yg kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki..


Sejujurnya aku masih belum dapat melupakanmu wahai cinta, tapi hati mesti tabah menerima ketentuan ini.



Friday, 18 April 2014

JIkA BeLOM TIba MAsanYa,

Andai masih belom tiba masa untuk kita.Maka jalannya hanya satu iaitu SABAR..

Ada ketika, terasa sangatlah lemah dan fedup dengan semua ini, tetapi masih mampu mengukir senyuman untuk menghapus segala rasa ini. Kecewa?? memang terasa sangat.. orang memandang tapi kita yang menggalas bebanan ini. Tak siapa yang tahu hanya kita sahaja.



Rahsia dan aturan ALLAH itu jauh lebih indah, rapi dan terbaik untuk hamba yang dikasihi-Nya. Sebagai hamba, tugas kita adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya dengan sebaik-baik pengabdian dan yakinlah bahawa Dia akan mencukupkan segala-galanya untuk kita.
 
 Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu.