Rahsia
dan aturan ALLAH itu jauh lebih indah, rapi dan terbaik untuk hamba
yang dikasihi-Nya. Sebagai hamba, tugas kita adalah untuk mengabdikan
diri kepada-Nya dengan sebaik-baik pengabdian dan yakinlah bahawa Dia
akan mencukupkan segala-galanya untuk kita.
Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan
pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan
kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan
kami menuju-Mu.