Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur pada
Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini, ( Jumaat,
penghulu segala hari). Hari ni bangun pagi-pagi lagi sebab ada exam EL3 tepat
jam 9.00 a.m. ,so kena lekas la cikit bersiap takot tertinggal bus.. Opss..
hari ni g nga adek Syaina punyer moto ( cam ayat k.l..g), *monggek* hehe.. (tQ syaina sudi tumpangkan K.u)
Sebenarnya aku xcited menulis ni nak bercerita tentang
semangat, semangat yang hilang gitu,* cam tajuk lagu kan*. Tetiba nak masuk
dewan exam tadi I’m feel down sangat, n I don’t know why.. Uh.. sempat hati ini
berbisik “( Ya Allah, hanya pada-Mu tempat untuk ku meminta pertolongan,
kuatkanlah semangat aku, hapuskanlah segala rasa gundah yang melanda diriku
ini, tabahkan hati ini menerima segala ketentuan)”. Alhamdulillah, terasa
ketenangan slps duduk di no 238.. Terima Ya Allah.. L
*semoga ketenangan terus
bersama kita* Aminn..
Ni ada sedikit tips nak kasi
semangat tuh melimpah2..
1.
Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad
Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di
waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun
join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif
lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3.
Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai
kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda
dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang
anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk
saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah
melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
4.
Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita
hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang
balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara
sama berulang lagi.
Hidup
Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai
hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best
setkan untuk setiap hari.
Andai
anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa
buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya
pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai
anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini
dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa
yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai
anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa
untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari
kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
5.
Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap
hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara
ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan
diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi
positif.
6.
Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan
dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai
emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang
motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih
teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam
diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda
mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani
Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Oleh
: Shukri Abdullah dari blog Motivasi, PakarHowto
![]() |
| lihat warna cmni la baru bersemngat..errrr!!! |
Sekian..








