Monday, 8 September 2014

Pujuklah Hati Agar Bersabar, Tidak Mudah Terasa, Jangan Menangis & Jangan Mudah Menyayangi insan Yang belom Tentu halal bagi Kita.



Hati.

Berkait rapat dengan takdir. Ianya menjadi titik tolak  untuk memulakan langkah untuk mengubah takdir. Namun, hati mesti kuat dan beristiqomah dalam apa jua keadaan yang dia hadapi. untuk menjaga hati, semua anggota perlu bergabung untuk tegakkan niat yang satu. Mulut, tidak mengungkap perkara yang sia-sia, mata tidak melihat perkara yang melalaikan hati, kaki, mengelakkan dari pergi ke tempat yang tak bermanfaat, perut perlu dijaga mengelakkan makan makanan yang melemahkan badan, akal dan hati. Semestinya semua perlu bergabung. untuk menjaga hati yang satu.

Redhalah hati dengan takdir kamu Rancangkan sesuatu supaya berupaya mengubah takdir sendiri. Langkah kamu sendiri menentukan siapa diri kamu dan sekeliling kamu pada masa akan datang. 

Berharap pada sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita. Kuatkan hati untuk menepis segala rasa yang tidak sepatutnya hadir tepat pada masanya. Walaupun terkadang sakit, lelah,derita yang dirasakan, namun,percayalah, Allah akan memperelokkannya nanti. Jangan bimbang wahai hati jika engkau disakiti, jika engkau terluka, jika engkau sesak tidak tertahan, Allah kan ada bersama kita. Allah ada.Putus asa itu adalah racun pada segalanya. Bangkitlah wahai hati, kasihilah diri ini.


p/s Allah tidak menjanjikan hidup ini mudah, tapi Allah sentiasa ada di waktu susah dan suka kita.

Wednesday, 3 September 2014

Inilah Pekerjaan ku, Pilihan ku, Kesukaan ku, Kedukaan ku jua





ku pilih jalan ini beserta dengan segala rezeki yang dikurniakan olehNYA kepadaku dan aku selayaknya harus, perlu, mesti menerima ini dan niat kerana Allah..
semoga aku berjaya dengan pekerjaanku, kesukaanku nantii..


Keluarga Teman Setia Bagiku

Sebelom ini, aku menyintai dia lebih daripada kepentingan aku sehingga aku terlupa yang aku punyai keluarga yang setia ada bersama aku walau apa terjadi. Aku yang terleka meraih cinta daripada kamu. Aku yang terlalu mengharap dan menagih cinta hingga aku disakiti sebegini dan hanya keluarga yang setia bersamaku.. 

Wahai cinta yang tidak pernah jujur menerima diriku, pergilah kau dari hati ini, pergilah kau dari segala rasa ini, hapuskanlah.

Tanpa alasan apa kau melangkah pergi, sungguh kau bersandiwara wahai cinta yang ku puja. 

sekarang aku menyedari tiada makna untuk ku tangisi cinta darimu lagi. Pergilah kau dengan tenang bersama kenangan laluu.


love mum, dad, bro, sis in law n princess

Cinta Belum Tentu Memiliki

 Ku Belajar Melupakanmu Walaupun Sakit

Mencintai dan jatuh cinta pada seseorang itu adalah hak seorang hamba yang dikurniakan hati dan perasaan. Tetapi memiliki cinta yang kita inginkan itu bukan hak individu .


Cinta selayaknya seperti rama-rama...
Semakin dikejar, semakin jauh ia meninggalkan kita..
Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka...
apabila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu..
ia bakal mengibaskan sayapnya
ke arahmu tanpa kau sangka2
•.¸.••..❀❀.••.¸ ¸.•
Cinta manusia itu urusan Dia..
Cintakan Dia itu urusan kita..
Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia..
Sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita...
•.¸.••..❀❀.••.¸ ¸.••.¸.••..❀❀.••.¸
Tuhanku... (◕‿◕)
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yg terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yg terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yg ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah..leraikanlah dunia yg hinggap dlm hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu,ALLAH yg kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki..


Sejujurnya aku masih belum dapat melupakanmu wahai cinta, tapi hati mesti tabah menerima ketentuan ini.