Bila Dah Tertulis
Dengan nama Allah,
Aku hanyalah seorang hamba yang berlumur dengan dosa yang seringkali tergelincir daripada landasan iman. Aku memerlukan teman untuk menegur, memberi nasihat dan yang sentiasa mendoakan aku di sepanjang perjalanan ini.
Sungguh ajaib ketentuan Allah,
menemukan dua hati berlainan jantina dalam sebuah ikatan pernikahan,
di dalamnya terdapat satu rahsia yang luar biasa,
bagi jiwa yang mendambakan redha Rabb-Nya.
"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."
aku percaya akan takdir mu .. aku percaya akan Qada dan Qadar yang telah tertulis buat aku .. aku x kan pernah putus harap dan x kan pernah putus2 berdoa supaya aku ditemukan dengan jodoh yang baik .. semoga jodoh ku suami ku adalah orang yang baik dan dapat memimpin aku untuk menjadi lebih baik .. sebab aku sedar , aku sendiri x sempurna .. kalau meminta ustaz , aku sendiri bukan ustazah .. layakkah aku .. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buatku .. Pilihan Allah buat aku semestinya adalah yang terbaik buat ku .
Bagus.Pesan ustaz saya,jika seorang perempuan dan lelaki hendak bernikah bukan pada mahal maharnya tapi lebih mahal mahar perkahwinan yang diredhai Allah.Semasa wali bercakap "aku nikah engkau fulan si fulan mas kahwin berapa.." maka pengantin lelaki pun menjawab"aku terima engkau fulan si fulan mas kahwin berapa.."semasa pengantin lelaki menjawab maka perempuan tu sah menjadi isterinya dan tanggung dosa sang isteri.Adakah kita sebagai perempuan sanggup menanggung dosa kita bagi kat lelaki kita?sedangkan dosa lelaki itu tidak larat ditanggung.Allahualam
ReplyDelete